SENARAI IKLAN JAWATAN KOSONG
Pekerja yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ianya sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri dan tidak rasuah. Ianya sedar bahawa setiap perbuatannya diperhatikan oleh Allah S.W.T..
Pekerja yang cemerlang bijak menggunakan masa serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ianya sentiasa menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya di samping sentiasa memperbaiki dirinya sama ada dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran serta prestasi kerjanya.
Pekerja yang cemerlang mempunyai amalan cemerlang dalam menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosinya. Dalam menjaga kesihatan fizikal, ianya juga sentiasa menjaga kualiti pemakanannya, melakukan latihan jasmani serta mendapat rehat atau tidur yang mencukupi.
Pekerja yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Setiap tugasannya akan dilakukan dengan sepenuh hati dan menjalankannya dengan sebaik-baiknya selaras dengan apa yang diharapkan oleh majikan / organisasi.
PENAFIAN : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Copyright © 2021 MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
MBMB KE ARAH BANDARAYA KOSMOPOLITAN BERTARAF DUNIA